Cari

Khamis, 17 Jun 2010

Pergilah kesedihan..
kerana kau bagai duri nan tajam,
menusuk hingga ke ubun malam
kau injak lumat cahaya bahagia
derita memaut pagi ke senja
Pergilah terus ke puncak mimpi
agar kau tersasar ke lurah dalam
tak sempat ku kaut jenazah cinta
ingin ku jemput di langit duka..
Di tanah ini..tiada saudara
diri mengunyah api angkara
bermusim sudah tertindas hiba
perit seluruh anggota
nanar kau tabur menghimpit parah
Gaza menjadi pusara berdarah
pergilah kesengsaraan..
cukuplah siksa di mata
kami pasrah dalam luka
hati ini terobek rasa
sekadar menjamu mata
tiada kuasa untuk membela
pergilah kedukaan..
airmata mereka kini kontang
ada mimpi juang
namun tiada ruang..

Tinta Biru

Tiada ulasan: