Cari

Jumaat, 18 Jun 2010

Di pinggiran Masa

                                  Allahu Akbar,Allahu Akbar,Allahu Akbar.
Laungan takbir mendekatkan kita kepada yang Maha Pencipta.Dengarlah aduhai hati yang kecil ini,bahawa akhirnya kau akan mati jua .Aduhai hati yang lara,kau pernah lupa..kau selalu alpa..langkahmu akan terhenti jua..bila ajal menghampiri.Mampukah kau bersuara lagi..mampukah kau meminta lagi..Insafilah dosa amalmu..


kelam hati di pinggir masa
lamunan meniti mengintai koreksi
jelas ternoktah di lukisan senja
tiada yang kekal selainNya
detik sejarah tiada yang indah
hanya himpunan dosa selakna
bagai petir mengilai
bagai guruh tersenyum hiba
kau yang tertipu dek dunia

aduhai fikrah
jangan di mimpi langit dunia
bila tiba hujungnya..
kan rebah menimpa
hancur luluh tak seirama
gugurlah segala pusaka
tiada apa yang tinggal
untuk di mamah
untuk di kunyah
hanya bara api kemusnahan
terpaksa kau rela


TINTA BIRU

Tiada ulasan: