Cari

Khamis, 24 Jun 2010

Zapin bersahut Inang

Alahai dunia indah.
berseri bak awan putih...
Alahai indah..
Pahlawan jati...
Pahlawan jati mengusung suara...

Inang di atur,aduhai sayang
Inang di atur penuh gemalai
Aduhai inang,,,
Bersahut budinya

Tiada ertinya,menongkah dunia
Hidup derhaka
Aduhai sayang
Hidup derhaka jiwa tersiksa
Tiada lagi tempat di sana..

Inang selangkah
mengisi gundah
Dunia rebah angkara murka
Alahai sayang..
Jangan lah leka..

Inilah zapin bersahut inang
Buat catatan di hati sayang
Moga tersusun dalam lipatan
Jadi panduan memikul zaman

Aku yang di tinggal

Pernahkah kau toleh apa yang telah kau tinggalkan..?
Pernahkah kau kira akan jejak-jejak mu itu....?
Inilah aku yang kau kenal
Inilah aku yang kau tinggal
Tidakkah lemas akal budimu..
Tidakkah dangkal koreksi hatimu..
Aku yang tinggal
Sekadar bayangan
Sekadar impian..
Pernahkah kau curi kalam indahku..?
Pernahkah kau bicara dalam tubir mataku...?
Inilah aku yang kecundang
Inilah aku warisan bungkam.
Kisah semalam menjadi sejarah
Yang tak mungkin berulang
Biarlah parut duka yang tinggal
Biarlah bengkak menjadi nanar selumbar
Kerana inilah yang kau tinggal
Segalanya telah hambar
Akulah gurun yang kehausan
Menanti hujan yang datang
Membasahi rekah di taman
Biar jasad untung di badan
Aku ingin kembali pada Tuhan...

TINTA BIRU

Jumaat, 18 Jun 2010

Di pinggiran Masa

                                  Allahu Akbar,Allahu Akbar,Allahu Akbar.
Laungan takbir mendekatkan kita kepada yang Maha Pencipta.Dengarlah aduhai hati yang kecil ini,bahawa akhirnya kau akan mati jua .Aduhai hati yang lara,kau pernah lupa..kau selalu alpa..langkahmu akan terhenti jua..bila ajal menghampiri.Mampukah kau bersuara lagi..mampukah kau meminta lagi..Insafilah dosa amalmu..


kelam hati di pinggir masa
lamunan meniti mengintai koreksi
jelas ternoktah di lukisan senja
tiada yang kekal selainNya
detik sejarah tiada yang indah
hanya himpunan dosa selakna
bagai petir mengilai
bagai guruh tersenyum hiba
kau yang tertipu dek dunia

aduhai fikrah
jangan di mimpi langit dunia
bila tiba hujungnya..
kan rebah menimpa
hancur luluh tak seirama
gugurlah segala pusaka
tiada apa yang tinggal
untuk di mamah
untuk di kunyah
hanya bara api kemusnahan
terpaksa kau rela


TINTA BIRU

ORANG KITA

Biarkan..
bukan masalah kita.
biarkan..
bukan saudara kita
biarkan...
ini rezeki kita
biarkan..
jangan susahkan kita
Inilah orang kita..
Orang kita..
dulu tak punya apa-apa
kini ada yang kaya raya
kini ada yang mudah jadi kaya
kini ada miskin tapi ada harta
Orang kita..milik siapa-siapa
orang kita..
mudah leka
mudah alpa
Orang kita gedung gelap
orang kita...
suka makan di suap
mungkin dah adat..
hatinya berkarat..
seribu langkah,seribu muslihat
Orang kita lupa adab
orang kita..
janji di pahat,telus tersumbat..
Itulah orang kita...

TINTA BIRU

Gerimis Hati

Sayang....
tubir mata ini tak pernah kering,
airmata pedih di tasik gering
kini yang kau tinggalkan
mengalir ke hilir bercampur baur
antara harap dan doa yang mampir.
Sayang....
mengapa kau mungkir pada takdir..
meski kau tahu gerimis di hati telah hadir..
diri ini hanya mampu mengusai waktu
merenung untung di akhir nafasku..
dalam pasrah hidup matiku
Sayang.....
andai di sini lenaku
andai di sini langkah manisku
hanya ini dapat ku titipkan
hanya ini dapat ku bisikkan
gerimis ini tak mungkin terhenti
Sayang....
apa yang tertinggal hanya gurindam suram
mereka takkan faham
aku yang masih di sini
menanti suria menemani
kerna lorong ini sepi sendiri

TINTA BIRU
Indahkah itu..bila bintang tersenyum malu,
di balik lelangit malam
lantas sang bulan menumpang rindu
bila punggok menyanyi pilu..
malam berbisik syahdu
gundah di hati tak siapa tahu,
bicara terhenti..
tak siapa peduli..
di perut malam bekeroncong kisah dosa
entah di mana hujungnya.
bila malam ingin berbicara..
meratapi penghuninya
mengapa pasrah
tidakkah kasihan pada malam..?
yang menyimpan seluruh rahsia alam..
mengapa di biar malam menangis lagi..?
lalu kau dengarkanlah bila tiap kali malam berbicara..
jangan kau biar malam terluka
hiasilah malam mu
dengan qasidah cintaNya

Khamis, 17 Jun 2010

Pergilah kesedihan..
kerana kau bagai duri nan tajam,
menusuk hingga ke ubun malam
kau injak lumat cahaya bahagia
derita memaut pagi ke senja
Pergilah terus ke puncak mimpi
agar kau tersasar ke lurah dalam
tak sempat ku kaut jenazah cinta
ingin ku jemput di langit duka..
Di tanah ini..tiada saudara
diri mengunyah api angkara
bermusim sudah tertindas hiba
perit seluruh anggota
nanar kau tabur menghimpit parah
Gaza menjadi pusara berdarah
pergilah kesengsaraan..
cukuplah siksa di mata
kami pasrah dalam luka
hati ini terobek rasa
sekadar menjamu mata
tiada kuasa untuk membela
pergilah kedukaan..
airmata mereka kini kontang
ada mimpi juang
namun tiada ruang..

Tinta Biru